Wednesday 4 June 2014

BALI 2014 Travelogue (DAY 4) : Kuta - Ngurah Rai International Airport - KLIA2



Hari Keempat : Sabtu (31 Mei 2014) - Kuta - Ngurah Rai International Airport - KLIA2

Hari keempat, iaitu hari terakhir di Bali, Indonesia.

Pagi ini, peserta rombongan kami diminta berkumpul di lobi hotel pada jam 10.00am. Selepas sarapan pagi, saya dan seorang peserta rombongan kami, En. Mohd Said, sempat berkunjung ke kawasan Pantai Kuta yang terletak tidak jauh dari hotel penginapan kami.

Pada pagi ini, terdapat upacara keagamaan yang dilakukan oleh penganut agama Hindu di Bali. Terdapat beberapa kuil Hindu berdekatan dengan pantai dan anda boleh lihat sendiri upacara keagamaan dan budaya masyarakat Bali di sini.

Pada hari tersebut, 31 Mei 2014, merupakan hari perayaan bagi masyarakat beragama Hindu di Bali, iaitu perayaan Hari Raya Kuningan.

Suasana pantai Kuta sekitar jam 9.00am. Upacara keagamaan di sekitar pantai telah pun tamat pada waktu ini.

Kelihatan seorang kanak-kanak yang sedang bermain layang-layang.

Terdapat banyak papan luncur air yang disediakan untuk disewa di sekitar kawasan pantai.

Seorang penduduk tempatan sedang melakukan satu upacara di kawasan pantai.

Antara bahan yang ditinggalkan atau 'dipersembahkan' di sekitar kawasan pantai Kuta.

Antara kuil kecil yang terdapat berhampiran dengan pantai.

Lagi kuil yang terdapat berhampiran dengan pantai.


Pada hari tersebut, anda dapat melihat banyak warga tempatan yang memakai pakaian tradisional Bali yang berwarna kuning atau putih ketika mereka datang ke kuil untuk upacara keagamaan.

Pemandangan jalanraya berdekatan dengan hotel penginapan kami.

10.05am - Selepas selesai urusan check out di hotel, peserta rombongan kami bergerak menaiki bas untuk menuju ke tempat terakhir sebelum ke lapangan terbang, iaitu ke sebuah kedai yang menjual kek lapis tradisional Bali.

10.15am - Rombongan kami berhenti seketika di sebuah kedai yang menjual kek lapis tradisional Bali.

10.45am - Selepas selesai membeli belah di kedai kek, rombongan kami bergerak terus menuju ke Ngurah Rai International Airport yang terletak tidak jauh dari kedai kek tadi.


10.49am : Tiba di kawasan lapangan terbang.

Tiba masa untuk pulang ke tanah air yang tercinta.

Rombongan kami menaiki pesawat Malindo Air - OD 305.


Selamat tinggal Bali !

Kapal terbang yang membawa rombongan kami berlepas pada kira-kira jam 1.35pm.


Seperti pada hari pertama, pihak syarikat Poto Travel telah memesan makanan untuk semua peserta rombongan kami. 


Nasi Biryani Ayam.

Antara gambar yang sempat saya ambil ketika di dalam penerbangan ;







Alhamdulillah, kapal terbang yang membawa rombongan kami selamat mendarat di KLIA2 pada kira-kira jam 4.30pm waktu tempatan (Malaysia).

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung sepanjang percutian 4 hari 3 malam ke Bali, Indonesia ini. Jutaan terima kasih saya ucapkan terutamanya kepada pihak Poto Travel & Tours yang telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk mengetuai rombongan ke Bali ini. Tidak dilupakan, Tour Guide, En. Artika, pemandu bas, Pak Made, En. Yudi, dan wakil daripada Poto, iaitu Cik Fiena.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta rombongan kami, kerana telah memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang 4 hari 3 malam ini. Semoga hubungan silaturrahim yang terjalin di antara kita sepanjang 4 hari 3 malam ini tidak terhenti di situ dan akan terus berkekalan sampai bila-bila, insyaAllah.

Sekian, terima kasih.



No comments :

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile