Thursday 6 February 2014

Umrah 2014 Travelogue (DAY 6) : Mekah Al-Mukarramah

Hari Keenam : Isnin (13 Januari 2014) - Mekah Al-Mukarramah

Bersambung dari entry sebelum ini...

Selepas selesai menunaikan tawaf rukun umrah, rombongan jemaah kami, diketuai Ustaz Ikram telah bergerak menuju ke lokasi sa'ie, iaitu di Bukit Safa dan Bukit Marwah. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Bukit Safa dan Bukit Marwah ini sebenarnya terdapat di dalam kawasan Masjidil Haram, dan para jemaah boleh terus ke tempat sa'ie yang tidak jauh dari tempat tawaf, sebaik selesai menunaikan tawaf dan solat sunat tawaf.

Terdapat 3 tingkat kawasan yang disediakan untuk para jemaah menunaikan ibadah sa'ie ini. Di tingkat paling bawah, terdapat sebahagian puncak Bukit Safa dan Bukit Marwah yang boleh para jemaah naiki.

Jemaah yang agak ramai sedang menunaikan sa'ie. Lampu kalimantang berwarna hijau yang dapat anda lihat adalah petanda di mana jemaah adalah disunatkan untuk berlari-lari anak. 


Suasana tempat sai'e di tingkat paling bawah pada jam 1.05am. Gambar ini diambil selepas kami selesai menunaikan sa'ie dan bertahalul.

Selepas selesai menunaikan umrah pertama kami, saya, abang, dan ibu serta beberapa jemaah Zahafiz yang lain keluar dari tempat sa'ie iaitu melalui pintu berhampiran dengan Bukit Marwah.


Menara Jam Abraj Al Bait yang dapat dilihat sebaik kami keluar dari kawasan sa'ie. Seperti yang dapat anda lihat dalam gambar di atas, terdapat banyak kren di kawasan Masjidil Haram ini. Boleh dikatakan 3/5 daripada kawasan Masjidil Haram pada ketika ini (Januari 2014) sedang ditutup untuk proses renovasi.

Lagi gambar.

Kami cuba mencari pintu masuk ke dalam masjid untuk mencari pintu utama yang kami masuk tadi, iaitu King Abdul Aziz Gate.

"To Masa'a". Masa'a yang dimaksudkan adalah tempat sa'ie. Manakala 'Mataf' pula adalah tempat untuk tawaf.

Berehat sebentar untuk minum air zamzam yang disediakan di dalam Masjidil Haram. Terdapat air zamzam yang dalam keadaan sejuk dan yang biasa (suhu bilik), sama seperti di Masjid Nabawi.

Di dalam Masjidil Haram.


Ini adalah pintu utama Masjidil Haram, iaitu King Abdul Aziz Gate yang terletak bersetentang dengan Menara Jam Abraj Al Bait.

Pintu No. 1, King Abdul Aziz Gate. Setiap Gate (pintu) mempunyai nombor masing-masing bagi memudahkan jemaah mengingati pintu keluar dari Masjidil Haram ini.

Menara Jam Abraj Al Bait dari depan Masjidil Haram.

Jam menunjukkan 1.27am ketika ini.

Suhu pada tengah malam itu pula adalah 24.8 Celsius.

Pintu King Abdul Aziz dari luar.

Suasana di hadapan Masjidil Haram pada jam 1.29am.

Ibu dan abang saya di hadapan Pintu King Abdul Aziz.



Selepas mengambil gambar, saya, 2 orang abang, dan ibu saya bergerak pulang menuju ke hotel untuk berehat. Bapa saya tidak bersama kami menunaikan umrah yang pertama pada malam tersebut kerana beliau telah dibantu oleh seorang wakil Zahafiz untuk menolak kerusi roda yang dinaikinya sepanjang menunaikan ibadah tawaf dan sa'ie. Untuk umrah-umrah seterusnya, alhamdulillah kami sekeluarga dapat bersama-sama menunaikan tawaf dan sa'ie.

Sempat singgah membeli soft ice cream yang dijual di kedai berhampiran dengan hotel penginapan kami. Harga bagi ice cream cone ini adalah 3 Riyal.

Al Saraya Hotel, tempat penginapan sebahagian rombongan jemaah yang dikendalikan pihak Zahafiz.

Pada tengahari pertama di Tanah Haram, Kota Mekah ini, saya telah pergi menunaikan solat Zohor di ruang solat yang terletak di bahagian atas bumbung Masjidil Haram. Di bawah adalah gambar-gambar yang sempat saya ambil selepas selesai menunaikan solat Zohor dan solat jenazah secara berjemaah.



Bangunan Menara Jam Abraj Al Bait dari atas bumbung Masjidil Haram.

Tempat tawaf atau 'Mataf' yang dapat dilihat dari atas bumbung Masjidil Haram.


Keseluruhan bahagian kanan Masjidil Haram ini ditutup untuk proses renovasi.

Terdapat lebih daripada 10 kren besar mengelilingi hampir 3/5 kawasan Masjidil Haram ini.

Klik pada gambar untuk besarkan.


Bagi anda yang ingin naik ke ruang solat yang terletak di bahagian atas bumbung Masjidil Haram ini, anda boleh cuba mencari 'Ajyad Escalator' ini. Pintu masuk ke eskalator ini terletak di sebelah kanan Pintu King Abdul Aziz, berdekatan dengan pintu masuk ke ruangan tawaf tingkat 2, khas untuk golongan yang berkerusi roda.

Inilah kawasan yang saya maksudkan. Ianya sedikit menjunam seperti menaiki bukit. Terletak di sebelah kanan Pintu King Abdul Aziz. 

Dari ruang solat di atas bumbung, sekitar waktu solat Asar.


Selepas solat Asar, saya mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan di sekitar kawasan Masjidil Haram.


Antara apartment, pusat membeli-belah, dan hotel yang terdapat di hadapan Masjidil Haram.


Di luar masjid, iaitu di sekitar kawasan luarnya, anda boleh menjumpai tempat seperti ini, iaitu tempat untuk meminum air zamzam dan juga air minuman biasa (drinking water).

Di kawasan Masjidil Haram ini juga, anda boleh mendapatkan perkhidmatan wifi percuma. Namun ianya bukan untuk anda gunakan untuk surfing facebook, twitter, instagram, dan sebagainya. Ianya hanya untuk mengakses portal atau laman web Masjidil Haram. Laman web ini menyediakan perkhidmatan dan informasi yang berguna kepada pengunjung.

Laman web Masjidil Haram yang dapat diakses menggunakan handphone atau smartphone.

Antara perkhidmatan dan informasi yang disediakan.



Terdapat juga peta kawasan Masjidil Haram. Anda boleh memuat turun untuk rujukan.

Antara tempat wuduk lelaki dan wanita terdapat di sekitar kawasan Masjidil Haram ini. 

Kalau ada yang tertanya-tanya, apakah yang ada di dalam bangunan di hadapan Masjidil Haram itu selain daripada hotel, maka jawapannya adalah, terdapat pusat membeli-belah, apartment, restoran, dan kedai-kedai menjual makanan serta cenderahati.

Pasaraya BINDAWOOD yang terdapat di dalam salah satu bangunan di hadapan Masjidil Haram. Ianya mungkin seperti Mydin atau The Store di Malaysia. 

Sekitar kawasan berhampiran dengan Masjidil Haram.

Antara kedai menjual makanan yang terdapat di sini.

Air minuman yang sempat saya beli di BINDAWOOD tadi. Memang sedap !

Menjelang waktu Maghrib, saya dan seorang abang saya telah sama-sama ke ruang solat di bahagian atas bumbung Masjidil Haram untuk menunaikan solat Maghrib dan beriktikaf sebelum menunaikan solat Isyak.

Abang saya bergambar di hadapan Kaabah dari bahagian atas bumbung Masjidil Haram.

Sekitar menjelang waktu Maghrib.

Keadaan di tempat tawaf tingkat 2. 

Matahari semakin terbenam.

Ini adalah pondok di mana terdapat jurukamera dan 'live camera' yang merakamkan suasana Masjidil Haram secara langsung untuk saluran tv khas yang terdapat di Arab Saudi.

Lokasi pondok kamera yang berdekatan dengan ruang solat di atas bumbung Masjidil Haram.

Di bawah adalah video yang sempat saya rakamkan berserta dengan azan Isyak di Masjidil Haram pada hari tersebut, 13 Januari 2014.


Suasana menjelang azan Isyak. Tempat tawaf di bahagian atas juga dipenuhi dengan jemaah kerana dibahagian bawah sudah terlalu sesak. 

Ada orang mengatakan yang keadaan di Masjidil Haram ketika ini (Januari 2014) adalah lebih sesak daripada musim haji. Hal ini pada pendapat saya jelas kerana penutupan hampir 3/5 kawasan Masjidil Haram, maka para jemaah dan pengunjung hanya tertumpu pada satu kawasan sahaja, iaitu di bahagian Pintu King Abdul Aziz dan yang berdekatan dengannya.

Laluan tawaf bertingkat ini sebenarnya disediakan untuk golongan kurang upaya dan berkerusi roda sahaja, namun kadang-kala ianya turut dibuka kepada orang biasa kerana keadaan tawaf di bawah yang sudah terlalu sesak.

Papan kenyataan dan lampu kalimantang berwarna hijau dalam gambar di atas menandakan kawasan bermula dan tamatnya ibadah tawaf.

Selepas selesai solat Isyak dan jenazah berjemaah pada malam tersebut, saya, abang, dan ibu saya telah mengambil kesempatan untuk mengunjungi bangunan dan pusat membeli-belah yang terdapat di hadapan Masjidil Haram tersebut. Kami mulanya hairan, kenapa ramai orang bersesak-sesak menuju ke bangunan di hadapan Masjidil Haram tersebut selepas selesai solat berjemaah. Adakah semua mereka tinggal dan menginap di hotel-hotel mewah yang terdapat di hadapan Masjidil Haram tersebut? Kerana sebelum ini kami menyangkakan bangunan-bangunan tersebut cuma memuatkan hotel penginapan mewah sahaja.

Keadaan di luar masjid selepas solat Isyak.


Kami menuju ke bangunan ini, bangunan Menara Jam Abraj Al Bait.

Terletak betul-betul berhadapan dengan Pintu King Abdul Aziz.

Pintu masuk ke pusat membeli belah Abraj Al Bait, iaitu bangunan di mana bahagian atasnya adalah bangunan menara jam besar yang terkenal.

Bahagian dalaman pusat membeli belah ini.


Terdapat indoor rides seperti di Berjaya Times Square.

Pusat membeli belah ini mungkin saya boleh kategorikan dalam kategori mewah. Kerana ia berbeza dengan ruangan jualan atau kedai-kedai yang terdapat di bahagian bawah tanah bangunan ini, yang saya boleh kategorikan khusus untuk golongan marhaen atau golongan yang sederhana.

Dari segi 'kategori' kawasan membeli belah di kawasan berhampiran Masjidil Haram ini, saya dan abang saya telah kategorikan dan bahagikan kepada 3 kategori :

1. Kelas Pertama (mewah) -  Pusat membeli belah Abraj Al Bait (di bahagian tengah)

2. Kelas Kedua (sederhana) - Pusat membeli belah di Al Safwa Tower, di sebelah kiri pusat membeli belah Abraj Al Bait.

3. Kelas Ketiga (marhaen) - Pusat membeli belah yang terdapat di bahagian bawah tanah kompleks bangunan Abraj Al Bait. Terdapat pintu masuk bersebelahan dengan pintu masuk ke pusat membeli belas Al Safwa Tower, tetapi ianya menghala ke bawah.

Terpulang kepada anda untuk menilai dan membeli belah atau membeli barangan cenderamata untuk sanak saudara atau rakan-rakan di Malaysia.

Saya terjumpa Kit Kat karamel ini di BINDAWOOD. Saya perhatikan, terdapat banyak coklat berunsur karamel yang terdapat di sini. Dan pastinya ia memang sedap.

Pemandangan sekitar jam 9.56pm.

Menara jam dan bulan.

Selepas puas berjalan dan membeli makanan untuk makan malam, kami bertiga pulang ke hotel untuk berehat.

Jadual program ziarah yang dijadualkan oleh pihak Zahafiz bermula pada esok harinya.



No comments :

 

Be My Followers

About Me

My photo
Blue is the colour, Areev is the name.

eFootball 2023 Player

eFootball 2023 Player
PS4/PS5 & Mobile